Rehat Sekejap


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee………
Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

 Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator
Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.
Cita-cita Tinggi
Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.











Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.



No comments:

Post a Comment